0

Serunding Ayam Master Chef Malaysia




Bahan-bahan ( 4 orang )
·         1 ekor ayam ( bhg dada )
·         10 biji bawang merah*
·         2 batang serai*
·         6 biji cili kering*
·         3 cm halia*
·         * diblender halus
·         2 cawan santan
·         sekeping asam gelugor
·         sehelai daun kunyit ( dihiris )
·         3 helai daun limau purut
·         Garam
Cara-cara
1.    Ayam direbus dan dicarik dagingnya.
2.    Tumis bahan blend dalam sedikit minyak.
3.    Masukkan ayam dan air rebusan ayam. Biar kering sedikit.
4.    Masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
5.    Masukkan garam.Bila hampir kering taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
6.    Siap untuk dihidangkan.

0

Rendang Master Chef Malaysia




Bahan-bahan ( 5-6 orang )
·         1kg daging- potong kecik-kecik
·         2 peket kecik rempah kurma
·         1/4 cawan kerisik
·         1 biji kelapa-ambik santannya
·         garam
·         gula melaka / gula
·         sedikit air asam jawa
·         ****BAHAN KISAR**
·         2 labu bawang besar
·         5 ulas bawang putih
·         5 batang serai
·         1-1/2cm halia
·         1-1/2cm lengkuas
·         15-20 biji cili kering
·         ***BAHAN MAYANG ***
·         3 helai daun limau purut
·         1 helai daun kunyit
Cara-cara
1.    Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2.    Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
3.    Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
4.    Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
5.    Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
6.    Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
7.    PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

0

Lemang Master Chef Malaysia



Bahan

1 kg beras pulut
3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh sederhana besar
Garam secukup
[sunting]Cara membuat

Basuh beras pulut dan tuskan airnya.

Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
Masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

SILA KLIK DISINI !!!!